Akuu x kecaam ulama atau mufti, ” Ambil dalil dri Al Quran” (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Suntikan Vaksin dinegara kita telah bermula bagi membendung penularan C0V1D19, baru-baru ini, kerajaan mengisytiharkan program vaksinasi secara percuma yang dijalankan dalam beberapa fasa khas untuk rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, ada segelintir masyarakat yang masih enggan melakukan sedemikian termasuklah bekas anggota kumpulan kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad.

Tetap pendirian tolak vaksin C0V1D19.

Meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Bakri menyarankan umat Islam untuk mengambil vaksin, Suhaimi tetap menolak dan nekad dengan pendiriannya.

Perkara tersebut disampaikan oleh pemilik nama Mohd Suhaimi Saad itu sendirimenerusi satu perkongsian di laman sosial Instagram miliknya mosusofficial, beberapa hari lalu.

Selain itu, dia turut memuat naik paparan skrin menunjukkan hujah Dr Zulkifli mengenai vaksin.

Aku tak kecam ulama atau mufti,tak juga berniat menghasut sesiapa,Apa pun hujjah orang,itu tidak akan semudah mudahnya mengubah pendirian aku.

Sebab aku pun ambil dalil dari Al Quran, Dalam Al Quran,
Allah kata,kalau kau ikut cara hidup kebanyakan manusia atas muka bumi ni,nescaya kau akan disesatkan dari jalan Allah.

Aku juga ada pegangan dari hadis sohih,tinggalkan apa yg meragukanmu dan ambillah apa yang tidak meragukanmu.

So,fair, tak perlu hasut dan tak perlu paksa, apa pun dalil dan hujjah manusia,kalau kita ragu,tinggalkan itu lebih baik, lidah boleh menipu,tapi hati takkan pernah berbohong.

Aku 99% setuju dengan Ahmad Albob, islam adalah agama Allah,Allah tak perlukan manusia atau sesiapa pun utk jaga agama Dia.

Kalau semua org dlm dunia ni sihat dgn dengan vaksin tu pun,itu tak akan menambah atau mengurangi apa apa pun di sisi Allah.

Jaga agama lebih utama bagi aku berbanding vaksin dah berapa banyak vaksin yang mereka buat,tak menyumbuhkan pun,malah makin banyak pula penyakit baru.

Aku rela mati berbanding membiarkan agama Allah dihina dan diperbodoh bodohkan oleh musuh islam.

Dan aku minta pada Allah agar Allah buka seluruh hati manusia khususnya para mufti dan ulama untuk melihat kebenaran dengan mata pandang Allah.

Dalam pada itu, Suhaimi turut menegaskan pendiriannya di mana dia lebih rela m4ti daripada membiarkan agamanya dihina oleh musuh Islam.

Aku rela m4ti berbanding membiarkan agama Allah dihina dan diperbodoh-bodohkan oleh musuh Islam.

Dan aku minta pada Allah agar Allah buka seluruh hati manusia khususnya para mufti dan ulama untuk melihat kebenaran dengan mata pandang Allah, tegasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyokong pendapat yang dilontarkan oleh lelaki berusia 41 tahun itu.

Amalkan sunnah Rasulullah mudah urusan.

Selain vaksin, Suhaimi dan keluarga turut menolak sebarang ubat-ubatan. Malah, dia juga tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah dan hanya mendidik mereka sendiri di rumah.

Suhami berkahwin dengan Nordiana Mohd Naim atau lebih dikenali sebagai Ina Naim pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Credit OMM, IG Suhami Saad.