Aku terkesan dengan pemergian satu satu nya adik aku – Kakak!

Tapah : Permergian adik tersayang mengundang pilu seorang kakak bila adik tersayang disahkan meninggal dunia bila kereta dipandu rempuh tiang lampu.

Sebak luahanan seorang kakak, Ini yang ditulis Ika Ahya kakak kepada arwah Akim ” 23 september 2020. Rabu, hari yang suram tanpa mu,adik.😢

Sesungguhnya mati itu pasti.muda tua,sakit,sihat..aku tahu tu.
Tapi aku masih terkejut dan terkesan dengan pemergian satu2 nya adik aku.

22 september 2020..telah kembali nya adik aku,muhammad amirul hakim bin ahya,26, ke rahmatullah.

Aku dapat tahu tengah hari tadi,melalui wasap..luruh jantung aku dapat berita perkhabaran adik aku excident n meninggal.

Lebih kurang dua bulan,dia duduk kampung,dapat kerja dekat area2 sini..sebelum ni die kerja di bandar.

Antara niat die..dapat kerja dekat tapah.senang nak tengok kn emak..emak memang perlu orang uruskan.mak hanya terbaring sahaja.

Takda lagi pakcik nak tengokkan nayla bile ibu ada kerja nak buat.takda lagi adik yang aku nak mintak tolong,takda lgi adik aku nak bercerita.

Aku memang rapat dengan adik.sebab kmi membesar bersama.kami berdua je ade dekat rumah.sampailah adik sambung belajar semua.

Terima kasih semua yang telah membantu menguruskan jenazah adik,semoga adik aku di tempatkan di kalangan orang yang beriman.Maafkan salah silap adik aku ye. – Ika Ahya.

Dalam pada itu harian metro melaporkan seorang lelaki m4ut selepas kereta yang dipandunya mel4nggar tiang lampu isyarat di Kilometer 80.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Pekan Sungkai di sini hari ini.

N4has pada pukul 11.45 pagi itu mengakibatkan, Muhammad Amirul Hakim Alya, 26, yang memandu Perodua Bezza serta rakannya, Nurul Musfirah Ishak, 25, ceder4 di beberapa bahagian b4dan.

Bagaimanapun, Muhammad Amirul Hakim yang dihantar ke Klinik Kesihatan Sungkai untuk rawatan kecemasan men1nggal dunia pada pukul 12.40 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika kereta dipandu m4ngsa dalam perjalanan dari Tanjung Malim menuju ke Tapah.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang lampu isyarat.

Kemalangan itu mengakibatkan pemandu dan penumpang Perodua Bezza itu cedera. Pemandu kenderaan tersebut bagaimanapun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Sungkai.

M4yat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala rakan sekerjanya menerima rawatan di Hospital Slim River, katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati punca kemalangan akibat terbabas sendiri dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Smeoga Ika Ahya dan seluruh keluarga tabah dengan permergian adik tersayang, arwah akim anak yang baik, insan yang baik Allah sayang. Al fatihah.