Ajaal Y15ZR trbabas, Kpl Syafiq tinggalkn isteri hamil ank ke5 dan 4 ank kecil (6gmbr)

Seberang Perai : Seorang anggota Polis meninggal dunia apabila motosikal Y15ZR yang ditunggang dalam perjalanan pulang bertugas hilang kawalan dan terbabas dalam kejadian di Jalan Valdor Tasek.

Ekoran kemal4ngannya menimpanya dia terc4mpak masuk kedalam longkang dan disahkan men1nggal dunia oleh pihak perubatan, apa yang berlaku mengundang kesedihan yang teramat sangat bilamana arw4h meninggalkan isteri dan 4 anak yang masih kecil difahamkan kini isteri arw4h sedang mengadung anak yang ke5.

Melalui laman facebook Penang Kini mereka memuat naik berita pilu ini ” Al-Fatihah, Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Kpl 187880 Mohd Syafiq Bin Ishak.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Kpl 187880 Mohd Syafiq bin Ishak , yang telah kembali ke rahmatullah pada 14.02.2021 lebih kurang jam 0012hrs akibat Kem4langan Jalan raya di Jalan Valdor – Tasek.

Allahyarham bertugas di Balai Polis Simpang Ampat, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Kontinjen Pulau Pinang dan Jen4zah Allahyarham dikebumikan di Kampung Chenerai,Kuala Pegang Kupang, Kedah.

Semoga roh Allahyarham Kpl 187880 Mohd Syafiq bin Ishak dicucuri rahmatnya dan ditempatkan bersama para solihin, Allahyarham meninggalkan 4 orang anak yang masih kecil dan dimaklumkan isteri sedang mengandungkan anak ke lima.”

Apa yang berlaku sungguh memilukan gugurnya seorang frontliner mungkin akibat kepenatan motosikal yang ditunggang hilang kawalan mereka bertugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Sebak bila mengenangkan nasib isteri Puan Fatahiyah Abdul Hamid yang ditinggalkan dengan anak anak yang masih kecil namun inilah hakikatnya semoga isteri ini kuat yang maha esa lebih sayangkan arwah suaminya.Al fatihah.