Ajaal Balkish Frontliner AR Rahnu YaPEIM dperjalanan brtugas!

Tampin: Perjalanan seorang wanita ke tempat kerjanya di Gemencheh, dekat sini, berakhir dengan tragedi apabila dia m4ut selepas kereta dipandu dihempap pokok getah yang tumbang, pagi tadi.

Dalam kejadian di Kilometer 5, Jalan Keru-Batu Belang, dekat sini, jam 8.20 pagi, m4ngsa, Nur Zalehan Balkish Abdul Majid, 27, yang merupakan Frontliner Ar Rahnu YaPEIM dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bukit Ria, di Tampin ke tempat kerja di Gemencheh.

M4ngsa disahkan men1nggal dunia oleh pasukan petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat mengenai kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menerima panggilan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) pada jam 9 pagi.

Katanya, anggota bomba memaklumkan berlaku satu kem4langan membabitkan sebuah kereta dihempap pokok di Jalan Dalam Kampung Keru iaitu satu kilometer dari jalan utama Tampin.

Siasatan awal polis mendapati, ketika m4ngsa memandu kereta di Jalan Dalam Kampung Keru, sudah dihempap sebatang pokok getah yang tumbang.

Kejadian itu menyebabkan m4ngsa tersepit di antara kereta dan pokok berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan mangsa men1nggal dun1a di tempat kejadian,katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, m4ngsa bekerja sebagai kerani di Ar Rahnu Cawangan Gemencheh.

Menurutnya, m4yat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kem4tian.

Kes disiasat sebagai m4ti mengejut, katanya.

Sementara itu, Komander Operasi JPBM Tampin, Pegawai Bomba Kanan Mohd Helmi Ayob berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.26 pagi.

Beliau berkata, pihaknya mendapati sebatang pokok getah tumbang menghempap kereta m4ngsa dan mangsa tersepit yang menyebabkan kecederaan pada bahagian d4da.

Menurutnya, mangsa disahkan men1nggal dun1a di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan.

Anggota kami mengambil masa 45 minit bagi mengeluarkan m4ngsa dengan menggunakan peralatan khas ‘Rescue Tools’ dan m4ngsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, katanya.Al fatihah.