Ainul baru 4bulan mama sudah tiada, doakn papanya!

Maran : Ainul baru 4bulan mama sudah tiada, doakn papanya! Apa yang berlaku sungguh memilukan sebak melihat wajah sikecil yang baru berusia 4bulan yang sudah kehilangan mama tersayang.

Adik arwah menceritkan kembali saat bersama kakak tersayang, Arwah kakak belanja kami makan nasi lemak kedai hijau di Pekan Seri Jaya (Maran) malam tadi, dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menjamu selera, malah berbual pelbagai topik.

Begitu kata Muhamad Nazrol Salehudin, 16, adik tiri Nor Farisnazira Mohd Zulnorisham, 21, yang maut dalam kemalangan di Jalan Belimbing, Maran, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian 1.30 pagi, skuter Yamaha Avantiz yang dibonceng mangsa bersama suami Mohamad Helmi Ashraf Mohd Lela, 23, dipercayai terlanggar pokok tumbang di laluan itu.

ainul-baru-4bulan-mama-sudah-tiada-doakn-papanya

Turut melanggar pokok itu ialah saudara mereka Muhammad Abdul Fatah Kaha, 18, yang menunggang motosikal Honda EX5 bersama Muhammad Nazrul Hakim Aminuddin, 17.

Muhamad Nazrol yang menunggang motosikal sendirian berkata, sebaik selesai makan, mereka berkonvoi tiga motosikal memasuki Jalan Belimbing untuk pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, tidak lama kemudian, dia melihat dua motosikal terbalik di tengah jalan selepas melanggar pokok sebesar pemeluk orang dewasa yang tumbang di jalan.

Ketika itu saya lihat kakak (Farisnazira) tidak sedarkan diri kerana cedera pada dahi dan belakang kepalanya berd4rah, manakala topi keledar yang dipakainya pecah.

ainul-baru-4bulan-mama-sudah-tiada-doakn-papanya

Suami kakak (Mohamad Helmi Ashraf) pula cedera pada lengan dan kaki. Keadaannya lemah ketika itu mungkin disebabkan terhempas di atas jalan hingga menyebabkan topi keledarnya juga pecah.

Dua saudara yang turut terbabit dalam kemalangan itu mengalami kecederaan pada tangan dan kaki, katanya ditemui di rumahnya di perumahan Felcra Sri Makmur, Maran, hari ini.

Menurutnya, seorang penduduk kampung yang ketika itu melalui jalan terbabit menghubungi hospital bagi mendapat bantuan.

Saya masih terkejut dengan kejadian itu, dan seolah-olah terdengar lagi hilai tawa kakak ketika menjamu selera.

Tetapi, selepas beberapa jam sahaja dia pergi meninggalkan kami dalam keadaan amat memilukan, katanya.

ainul-baru-4bulan-mama-sudah-tiada-doakn-papanya

Menurutnya, kakak tirinya ada seorang cahaya mata Ainul Mardiah, 4 bulan yang dijaga mereka sekeluarga.

Katanya, Mohamad Helmi Ashraf kini dirawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh dan difahamkan belum mengetahui isterinya meninggal dua.

Dua mangsa lagi juga turut menerima rawatan di hospital sama.

Kenangan makan nasi lemak bersama arwah kakak di kedai hijau tidak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila. Itu hari terakhir saya dapat melihat wajah kakak sebelum dia dijemput Ilahi.

Motosikal Honda EX5 hadiah kakak sebulan lalu akan saya jaga sebaik mungkin seperti pesanannya, katanya.

Katanya, dia berharap pihak berkuasa berkaitan melakukan penyelenggaraan membabitkan pokok mati di laluan itu bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan suri rumah m4ut apabila skuter dinaiki bersama suaminya terbabit kemalangan apabila cuba mengelak pokok tumbang di tengah Jalan Belimbing, Maran, hari ini.

Farisnazira yang membonceng skuter ditunggangi suaminya meninggal dunia di lokasi kejadian.Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo