Aidil ank harapan keluarga dtmui lemass, dia galas tugas bapa jadi penternak lembu (6gmbr)

Kuala Nerus : Sebak melihat raut wajah seorang ayah yang sudah tua saat jenazah anak yang ditemui lemas tergelincir kesungai semasa menjaga lembu lembunya.

SH melaporkan seorang penternak lembu yang dipercayai terj4tuh ke dalam Sungai Jeram di sini ditemukan lem4s pada petang Rabu.

M4ngsa, Muhammad Aidil Che Ramli, 20, ditemukan pasukan penyelamat di air dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu kira-kira jam 4.37 petang.

M4yat m4ngsa ditemui di dasar sungai di lokasi terakhir m4ngsa terjatuh iaitu kira-kira 7.6 meter dari tebing sungai.

Takziah diucapkan kepada keluarga Ramli Mamat ( Pak Ramli ) kerana kehilangan anak bongsunya, Muhammad Aidil Ramli, 20 dalam satu kejadian lemas di Sungai Nerus, belakang rumah beliau petang tadi.

Kejadian lemas berlaku kira-kira jam 3.00 petang dan mangsa dijumpai semula pada jam 4.40 petang oleh pasukan penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bersabarlah di atas ujian ini, semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Rabu, 17 Februari 2021, 7.15 malam
YB Ust Ridzuan Hashim,ADUN Buluh Gading.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.33 petang.

Sejurus terima panggilan, seramai 27 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba di lokasi, seramai tujuh anggota melakukan pencarian dengan melakukan selaman di kawasan sungai tersebut,katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.

Katanya, m4yat m4ngsa kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bed4h siasat.

Semoga ayah ini tabah tiada lagi anak tersayang didalam keluarga ini moga roh Aidil tenang disana. Al fatihah.