Ahli Hadith dn T0k0h Agma trkenal mninggal duniaa dusia 83thun!

Kuala Lumpur : Hari ini, dunia Islam kehilangan seorang lagi tokoh ulama terbaik dengan karya-karya yang luar biasa iaitu Al-Imam al-Allamah al-Muhaddits al-Ushuli al-Mufassir as-SyekhProf. DR. Nuruddin ‘Itr Al-Hasani al-Hanafi yang telah pergi dijemput ilahi hari ini.


Berita duka ini disampaikan oleh Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam satu status yang dimuatnaik dalam laman Twitternya.

Saya dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh ulama’ dan ahli hadith terkenal pada masa kini iaitu Syeikh Prof. Dr. Nuruddin ‘Itr,83, tulisnya dlaam satu status di laman Twitter rasmi milik beliau.

Beliau dilahirkan pada tahun 1937 di bumi Halab, Syria. Antara gurunya yang terkenal adalah Syeikh Mustafa Mujahid, Syeikh Muhammad Muhammad al-Samahi, Syeikh Muhammad Muhyiddin ‘Abd al-Hamid dan yang banyak memberi kesan dalam hidupnya adalah Syeikh Abdullah Sirajuddin.

Saya pernah mendengar beberapa kali mengikuti pengajiannya di kota Syam ketika di Majma’ Ilmi Damsyik. Beliau adalah seorang yang terkenal dengan ketokohan dalam ilmu hadith. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya bersama para solihin dan ulama.

Ucapan takziah dari Dr Zulkifli dituruti dengan doa melalui laman twiter dan facebook rasmi nya.

Semoga rohnya cucuri rahmat bersama sama insan insan yang diredhai yang maha esa. Al fatihah.