Adk tk nakk susahkn makk lagi, tak nak sushkan adk bradik lain!

Melaka : Seorang lelaki sempat memberitahu tidak mahu menyusahkan ibu dan adik-beradiknya sebelum ditemukan lem4s oleh sepasukan bomba di Sungai Duyong berdekatan Kampung Tambak Sebelong, di sini hari ini.

M4yat Muhammad Sidek Abd Karim, 29, ditemui kira-kira pukul 1.50 petang tadi dalam keadaan tertiarap dan tersangkut pada pokok bakau oleh pasukan bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama beberapa agensi lain.

Menurut abang m4ngsa yang hanya ingin dikenali sebagai Khairi berkata, adiknya itu telah keluar dengan menunggang motosikalnya pada pukul 4 pagi tanpa memberitahu hendak ke mana.

Kami turut keluar untuk mencarinya selepas bimbang dia tidak pulang semula pada pukul 5 pagi.

Saya keluar meronda sekitar rumah sebelum menemukan motosikal jenis Honda EX5 dinaiki adik berada di atas jambatan berdekatan sungai tersebut, katanya ketiak ditemui di lokasi di sini hari ini.

Jelasnya, dia yang khuatir adiknya telah terjatuh ke dalam sungai terus melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Kali terakhir saya berjumpa arwah adalah semalam dan dia ada meluahkan kepada ibu kami dengan memberitahu ‘adik tak nak susahkan mak lagi, tak nak susahkan adik-beradik lain’, katanya.

Tambah Khairi, Allahyarham merupakan anak keempat daripada lima beradik dan m4ngsa sedang menjalani rawatan setiap bulan bagi merawat masalah kesihatan ment4l yang dialaminya.

Sebelum ini, arw4h sihat sahaja namun akibat kem4langan tujuh tahun lalu dan mengalami pend4rahan di kepala, kesihatannya terganggu.

Walaupun keadaannya begitu, dia tidak pernah ganggu orang lain dan hanya duduk di rumah serta rajin mengaji al Quran, katanya.

Sementara itu, Ketua Zon I Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Kanan Bomba II, Mohd. Khairul Nizam Mohamad Anuar berkata, mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian ditemukan kira-kira 150 meter dari jambatan berkenaan yang menghala ke arah pintu air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Operasi SAR diteruskan pada keluasan sekitar 200 meter di bahagian kiri dan kanan jambatan dengan melakukan pencarian di permukaan sungai sebelum operasi penyelaman dilakukan, katanya.

Ujar beliau, m4yat m4ngsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Jabatan F0rensik, Hospital Melaka untuk bed4h siasat. Al fatihah.