Adk Harisa dan 1bu ajaal brsama digiliss l0RI yg dpandu lelaki 72thn (5gmbr)

Kuala Lumpurm : Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan ibunya m4ut dig1l1s lori dalam kem4langan di persimpangan lampu isyarat Jalan 4/3a  6/3a Pusat Bandar Utara berdekatan Pasar Borong Selayang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, Harisa Kassim, 4, membonceng motosikal Honda NF100 ditunggang ibunya Shahidah Tuaher, 34.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dua beranak itu maut serta-merta di tempat kejadian selepas dig1l1s di bahagian p3rut.

Kem4langan berlaku ketika sebuah lori bergerak dari lorong paling kanan di persimpangan lampu isyarat semasa lampu isyarat warna hijau dan menghala ke Jalan 6/3a iaitu simpang di sebelah kanan jalan.

Tiba-tiba motosikal yang dinaiki m4ngsa datang dari belakang dan cuba memotong lori berkenaan dari arah kiri jalan.

Namun motosikal itu berg3sel pada bahagian kiri hadapan lori,Akibat kemalangan itu kedua-dua m4ngsa terj4tuh ke b4wah tayar kiri lori dan mereka terg1l1s di bahagian p3rut, katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati ibu yang m4ut itu adalah suri rumah warga Myanmar beragama Islam dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Beliau berkata, jen4zah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bed4h siasat.

Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987,Pemandu lori berusia 72 tahun tidak mengalami sebarang keceder4an.

Ujian alk0hol dan d4dah terhadap pemandu lori didapati negatif,” katanya. Al fatihah.