Adk Aina dan abg terduduk dibahu jlan lihat jsad ibu bwah kreta!

Kuantan : Adik ni bernama Fatiha Aina, masih darjah 1, dia dan abangnya (berusia 18 tahun) tinggal di rumah nenek mereka bersama ibu yang mereka kasihi, di Kuantan.

Hari ini, mereka diuji dengan dugaan yang amat berat pada pagi tadi, ketika adik ni dalam perjalanan menuju ke Sekolah menaiki motor yang ditunggangi abangnya, mereka terlihat satu kemalangan m4ut yang dahsyat di atas jalan raya.

Alangkah sedihnya mereka apabila melihat j4sad yang trbujur k4ku di bawah kereta Myvi itu adalah IBU MEREKA SENDIRI (ibu pergi kerja naik motor lain).

Mengikut Saudara Syapik Hassan yang memuat naik kisah pilu ini dilaman facebooknya yang dikongsi dari kawannya yang merupakan guru sekolah adik Aina.

“Adik ini adalah anak murid kepada sahabat saya sendiri, iaitu saudari Fathiah Farid, Fathiah merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Baging, Kuantan.

Selepas saya terbaca post beliau berkenaan kejadian malang anak muridnya tu, saya terus contact beliau dan bertanya lebih lanjut. Saya merasakan, keluarga ni mesti perlukan bantuan, Saudari Fathiah dan beberapa guru lain turut ziarah mereka sekeluarga di rumah nenek mereka selepas waktu persekolahan.

Arwah ibu mereka adalah ibu tunggal yang melakukan dua kerja. Pagi bekerja sebagai cleaner, Habis syif cleaner, dia pergi kerja kedua pula di kantin sebuah kilang di Gebeng untuk syif malam.

Berusia pertengahan 40an, arwah pernah menyampaikan pesanan kepada si abang yang dah berusia 18 tahun, untuk cari kerja, kerana dia dah merasakan tidak larat buat 2 kerja.

Mana si ayah ? Ayah hilang tak dapat dikesan, Dalam rekod sekolah, ayahnya “tidak diketahui”.

Si abang, mengingati kembali pesanan arwah ibu supaya cari kerja, meluahkan yang dia ingin mula bekerja lepas ni demi menyara dan membesarkan adiknya yang masih kecil itu.

Sewaktu rakan-rakan seusianya sudah sambung belajar di universiti, kolej komuniti, Giat Mara, dan sebagainya, dia tekad untuk terus kerja demi adik. Sebagai guru, sahabat saya Fathiah merasakan amat sayang sekali jika dia tidak meneruskan pelajaran.

Kini, tugas menjaga si adik dan si abang yang baru nak mula kerja tu, terletak di atas bahu nenek yang sudah lanjut usia. Atuk sudah tiada. Ayah saudara pun ada tinggal berdekatan, tapi sudah ada komitmen sendiri dengan pendapatan yang tidaklah seberapa.

Semoga adik Aina dan abangnya kuat tiada lagi ibu tersayang disisi yang maha esa lebih sayangkan arwah ibu mereka semoga rohnya tenang disana. Al fatihah. Credit Syapik Hassan dan Cikgu Fathiah Farid.