Adiknya lahir kdunia, “Aqil Aimar prgi selamanya dilnggar SUV ” (5Gmbr)

Butterworth : Aimar tak boleh makan makanan l4ut sebab ada alahan tetapi entah kenapa dia sangat berselera menikmati juadah lala sebelum keluar bermain basikal, mungkin itulah pet4nda dia akan pergi meninggalkan kami, kata Siti Salina Kamaruddin, 33.

Wanita itu adalah ibu saudara kepada kanak-kanak berusia lima tahun, Mohamad Aqil Aimar Ismail yang m4ut dil4nggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di hadapan rumahnya di Kampung Tok Sani, di sini, petang, semalam.

Siti Salina berkata, sebelum keluar dari rumah Aimar juga sempat memberikan air minuman kepada ibunya, Siti Marina Kamaruddin, 33, yang juga adik kembarnya yang sedang berp4ntang selepas mel4hirkan anak.

Katanya, seluruh ahli keluarga terkejut apabila dimaklumkan anak saudaranya terbabit kem4langan tidak jauh dari rumah mereka.

Ketika dimaklumkan Aimar kem4langan terasa macam tidak percaya kerana dia baru keluar selepas beri ibunya air.

Ketika makan tengah hari dia nampak sangat berselera, bahkan makan lala yang sepatutnya dia tidak boleh makan kerana teringin walaupun dia alah pada makanan itu.

Ibu Aimar dan saya adalah adik beradik kembar jadi Aimar ini sudah saya anggap seperti anak sendiri dan kehilangannya amat perit bagi kami sekeluarga tetapi siapa kita untuk menolak takdir,katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Katanya, Aimar seorang anak yang lincah tetapi sentiasa menyenangi hati ahli keluarga kerana keletahnya yang suka tersenyum.

Sebab itu kami gelarkannya Mat Senyum dan sekarang senyumannya akan menjadi kenangan untuk kami semua.

Basikal yang dinaiki Aimar adalah hadiah sempena hari lahirnya yang kelima dan menjadi kelazimannya setiap petang keluar bermain basikal dengan kawan-kawannya dalam kawasan kampung ini,katanya.

Bagaimanapun, usaha untuk menemubual ibu bapa Allahyarham Aimar tidak berjaya kerana mereka enggan mengulas lanjut berikutan terkejut dan masih tr4uma dengan kejadian itu.

Keluarga Allahyarham juga menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk undang undang.

Dalam kejadian jam 4.30 petang semalam, Mohamad Aqil Aimar disahkan men1nggal dun1a selepas lebih satu jam mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor dilaporkan berkata, siasatan mendapati kem4langan itu berlaku ketika pemandu wanita berusia 32 tahun dalam perjalanan keluar untuk melawat anaknya di Madrasah Gelugor, Bagan Lalang.

Menurutnya, wanita yang tinggal berdekatan kediaman m4ngsa dalam perjalanan melawat anaknya dan ketika membelok dia terdengar bunyi dentum4n kuat sebelum mendapati dia terl4nggar seorang kanak kanak yang menunggang basikal.

Wanita itu kemudian membawa kanak-kanak terbabit ke unit kecemasan HSJ untuk rawatan sebelum dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.05 petang akibat p4rah di kep4la.

Jen4zah Mohamad Aqil Aimar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Puyu kira-kira jam 11 malam hari tersebut.Al fatihah.