Ada saksi nampak mgsa berhenti kereta panjat pagar dan trjun (5Gmbr)

Kuching : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai terjun dari Jambatan Satok pada petang Jumaat diteruskan hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 1 Kuching Yusri Basri berkata operasi SAR hari ini dijalankan dalam radius 5 kilometer ke hulu dan hilir dari Jambatan Satok dengan kaedah pencarian di permukaan air.

Kemaskini dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri menyatakan saksi melihat mangsa memberhentikan kenderaan jenis sedan di atas jambatan sebelum memanjat pagar dan terjun ke Sungai Sarawak.

Menurut saksi lagi m4ngsa yang dikenali sebagai Mohammad Amirul Syahlan Affendi, 27 tahun cuba berenang namun hanyut sebelum tenggelam dalam 20 meter dari lokasi m4ngsa terjun berkenaan.

Beliau ketika ditemui CATS FM di lokasi kejadian memaklumkan Unit Khas Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah melakukan selaman dalam kedalaman 20 meter di sungai itu kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Ujarnya, pihak Lembaga Sungai Sarawak (LSS) telah menutup baraj bagi menghalang pergerakan air.

Katanya, ia sekaligus membantu pencarian hari ini agar mangsa tidak hanyut lebih jauh dari lokasi mangsa dipercayai terjun.

Yusri menambah antara kekhuatiran pasukan penyelamat adalah sekitanya berlaku hujan lebat yang boleh menyebabkan arus deras dan menyukarkan operasi pencarian.

Operasi pencarian yang memasuki hari kedua ini turut dibantu oleh Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Rela.

Dalam kejadian jam 3 petang semalam, mangsa Mohammad Amirul Syahlan Affendi yang berusia 27 tahun dipercayai terjun dari Jambatan Satok.

CATS FM ketika menemui ibu saudara mangsa menyatakan mangsa mempunyai masalah keluarga namun enggan mengulas lanjut.

M4yat M4ngsa Mohammad Amirul Syahlan Affendi,27, ditemui 300 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh, setakat ini m4yat telah dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.Al fatihah.