Abg Mi mninggaal selepas sejam kebumikan jsad ibu!

Padang Besar : Abg Mi mninggaal selepas sejam kebumikan jsad ibu! Apa yang berlaku mengejutkan abang mi sihat namun agak kepenatan selepas menguruskan jenazah ibu kami.

Ketika di hospital abang menepuk belakang badan saya dan beritahu supaya menjadi lelaki yang kuat kerana selepas ini saya yang akan menjadi ketua keluarga.

Saya tak sangka kata-katanya itu nasihat terakhir daripadanya sebelum dia rebah selepas kira-kira satu jam selesai menguruskan pengebumian ibu, kata Mohd Shari Saidin, 33, yang kehilangan abang sulungnya Shuhaimi Saidin, 43, di kediaman mereka di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, akibat sesak nafas selepas sejam jenazah ibu mereka, Ishah Kasa, 65, dikebumikan, Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku meruntun hati mereka sekeluarga kerana bukan saja kehilangan ibu malah abang tersayang pada hari yang sama.

abg-mi-mninggaal-selepas-sejam-kebumikan-jsad-ibu

Mohd Shari berkata, arwah abang sulungnya itu seorang yang penyayang dan seorang bertanggungjawab terhadap keperluan arwah ibu serta hubungan mereka amat rapat.

Anak keempat dari enam beradik itu berkata, ketika jenazah ibu mereka masih di hospital, arwah abangnya sempat menasihatinya supaya menjadi ketua keluarga yang kuat selepas pemergian ibunya.

Ibu sebelum itu disahkan meninggal dunia pada Jumaat petang, saya sebak dan terlalu sedih kerana ibu pergi ketika dia terlantar bersendirian di atas katil dalam wad,katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mohd Shari berkata, abangnya itu tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum pergi dan mereka bersama-sama mengebumikan jenazah ibu mereka.

abg-mi-mninggaal-selepas-sejam-kebumikan-jsad-ibu

Sewaktu pengebumian itu, arwah abang paling berusaha keras dari awal dengan menguruskan mandi jenazah ibu sehinggalah ke proses pengebumian.

Memang dia ada sejarah sakit kencing manis dan darah tinggi, tetapi tidak sangka dia meninggal dunia dalam keadaan begini, katanya.

Menceritakan detik pilu itu, Mohd Shari berkata, ketika kejadian Shuhaimi mengadu sakit d4da dan mengatakan pandangannya bertukar gelap sebelum rebah pada jam 11.30 pagi.

Sewaktu tiba ke hospital, doktor berusaha sedaya upaya menyelamatkannya namun Allah lebih sayangkan dia.

abg-mi-mninggaal-selepas-sejam-kebumikan-jsad-ibu

Arwah abang meninggalkan isteri yang bekerja di sebuah sekolah di Perak bersama empat anak berusia antara empat hingga 17 tahun.

Mudah mudahan urusan keluarga abang dipermudahkan selepas ini, katanya.

Jenazah Shuhaimi dikebumikan pada jam 6 petang hari sama berhampiran kubur arwah ibunya di Tanah Perkuburan Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar.

Semoga isteri arwah dan juga seluruh keluarga tabah dengan apa yang berlaku yang maha lebih sayangkan abg mi pergi menemai ibu tersayang.Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo
Wasap : Abee Sey
www.wasap.my/+601151688713/