Abg dibuang kerja masa PKP sejak itu kerja gerai bantu keluarga!

Padang Rengas : Tugasan terakhir anak sulung dalam keluarga ini pergi dijemput il4hi disaat sedang berkerja gerai mencari rezeki buat keluarganya.

Sebak luahan seorang adik atas permergian abang sulungnya, saya bermimpi arw4h sedang menangis, kata Mohd Sharif Musa, adik kepada pem bantu gerai makan yang m4ut akibat renjatan eletrik pada tiang besi khemah di Persiaran Lembah, Kuala Kangsar, dalam kejadian petang semalam.

Beliau berkata, arwah abangnya itu, Mohamad Fauzi Musa, 30, turut berkelakuan pelik apabila enggan diajak bersembang selain mudah tersinggung pada malam sebelum kejadian itu biarpun hubungan antara mereka berdua sememangnya rapat sejak kecil.

Mohd Sharif, 29, berkata, beberapa jam sebelum kejadian dia yang turut bekerja di gerai berkenaan disuruh oleh majikan mereka untuk pulang berehat di rumah kerana sakit kepala disebabkan mengalami migrain.

Sebaik tiba di rumah, katanya, dia tertidur kira-kira jam 3 petang dan bermimpi mengenai arw4h.

Apabila terjaga, saya mendapati isteri saya sedang berbual di telefon dan kelihatan panik apabila diberitahu oleh adik serta anak tiri saya yang turut berkerja di situ bahawa arwah (abang) pengsan sewaktu di gerai berkenaan.

Sewaktu itu abang (arw4h) masih bernyawa. Majikan kemudiannya menelefon dan menyuruh saya terus ke hospital untuk melihat keadaan abang kerana pada masa itu saya sangka hanya pengsan biasa. Namun sebaik kami sampai, petugas perubatan mengatakan abang sudah men1nggal dun1a.

Cuma kelakuan arw4h pada malam sebelum kejadian agak menghairankan. Tidak sangka itu petanda aj4lnya, katanya ketika ditemui di kediaman arwah bersama ibunya, Intan Sufiah Halim, 53, dekat Kampung Lubok Merbau, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun reda dan menyifatkan arw4h sememangnya rapat dengannya sejak kecil dan sehingga kini mereka berdua sering meluangkan masa bersama untuk berkongsi cerita, bermain permainan video, dan sebagainya.

Walaupun saya sudah berkahwin dan tinggal di rumah berasingan, saya sering menjenguk arw4h yang tinggal bersama adik, kakak, serta abang ipar di sini memandangkan ibu kami juga menetap bersama mereka di rumah ini.

Kami adik-beradik sememangnya berpakat untuk menyara ibu yang tidak bekerja susulan menghidap d4rah tinggi, kenc1ng manis, serta kerosakan buah pingg4ng dan arw4h sebagai anak sulung banyak membantu menjaga ibu,katanya.

Dalam kejadian 4 petang itu, Mohamad Fauzi rebah secara tiba-tiba dengan tangannya dalam keadaan sedang berpaut pada tiang besi khemah gerai. Mangsa meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar dengan ambulans.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, berkata hasil temubual dengan rakan sekerja dan pelanggan di gerai terbabit mendapati, mangsa jatuh tertiarap tiba-tba di lantai bahagian khemah sejurus menghantar pesanan.

Beliau berkata, ketika kejadian hujan lebat selain tubuh dan pakaian mangsa dalam keadaan basah.

Renjatan disyaki berpunca dari aliran eletrik pada tiang khemah itu, yang mana khemah berkenaan bersambung dengan bangunan gerai. Sejurus itu mereka cuba membantu, namun mendapati masih terdapat cas elektrik pada badan mangsa.

Bedah siasat mendapati, punca kematian adalah serangan j4ntung disebabkan renj4tan elektrik (Acute Myocardial Infarction due to Electrocution), katanya.Al fatihah.